Oleh : D. Suhardiman Sunusi
MEDIABAHANA.COM, WAJO — Nama Daeng Passandrik tidak terkenal seperti Ambo Sooloh (yang dikenali sebagai Municipal Commissioner mewakili masyarakat Melayu Singapura) dan ayahnya Haji Omar Ambo Dai’ [Ambok Daik] bin Ali, seorang lagi hartawan Bugis asal Wajo yang berjaya di Singapura. Namun beliau, yang bersaudara dengan Haji Omar yang baru disebutkan, merupakan seorang jutawan Bugis yang terawal serta memiliki harta tanah yang banyak di Singapura meliputi rumah kedai dan kediaman di merata Kampong Rochor
Pada tahun 1899, Daeng Passandrik telah digelar “wealthy Bugis merchant” oleh surat khabar Singapore Free Press and Merchantile Advertiser.
Terdapat beberapa legenda mengenai keturunan Daeng Passandrik. Menurut penyelidik Gilbert Hamonic (2000), Daeng Passandrik dan saudaranya merupakan keturunan La Pallawa Daeng Marowaq, salah seorang bangsawan Bugis Wajo yang membina pusat perdagangan di Muara Pasir, di bawah kerajaan Pasir di pantai timur Kalimantan.
Catatan Jacqueline Lineton (1975) pula menyatakan, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada informannya di Singapura dan Sulawesi, seorang saudagar Bugis yang sangat kaya di Singapura telah berkahwin dengan kakak tiri kepada bangsawan Bugis Wajo di Sulawesi, yaitu Petta Ranreng Tua, dari ibunya yang berdarah masyarakat biasa. Saudagar Bugis tersebut mempunyai gelaran “Daeng” dan dikatakan menyerahkan sebahagian besar hartanya di Singapura, yang terdiri daripada harta tanah rumah kedai dan rumah sewa serta lot-lot tanah yang banyak, kepada isterinya sebagai mas kahwin bagi membolehkan beliau mengahwini wanita bangsawan tersebut.
Daeng Passandrik telah memiliki sebuah kapal sendiri seawal tahun 1865, melalui pemilikan sebuah kapal layar Eropah jenis “schooner” dengan muatan 80 tan di Riau. Kapal tersebut yang diberi nama “Tjian Goan Haij” digunakan oleh Daeng Passandrik untuk berdagang, besar kemungkinan membawa hasil tanaman gambir dari Riau ke Singapura. Selain daripada itu, beliau turut memiliki dan berlayar dengan beberapa buah kapal layar buatan Eropah, iaitu “schooner” bernama “Slamat”, “Bintang Slamat” dan “Sri Bintang Slamat” pada tahun 1870-1890. Kapal yang terbesar ialah schooner “Bintang Slamat” dengan kapasiti muatan 200 tan dan didaftarkan dengan bendera Belanda di Pasir, Kalimantan. Secara kesimpulannya, Daeng Passandrik melakukan 10 pelayaran untuk jalur Pasir-Surabaya, 5 pelayaran untuk jalur Pasir-Batavia dan satu pelayaran ke Singapura, masing-masing dari Pasir, Samarang, Batavia dan Banjarmasin. Jumlah pelayaran yang dilakukan dalam tempoh 18 tahun adalah 21 pelayaran.
Komoditi utama yang didagangkan dari Pasir adalah rotan (anggaran sebanyak 178,500 ikat rotan telah diekspot oleh Daeng Pasendrik sepanjang tempoh 1870-1888). Pasir pada masa itu merupakan antara pengekspot rotan yang utama, disamping beberapa pelabuhan utama lain di Kalimantan seperti Banjarmasin dan Pegatan.
HARTA BENDA
Satu unit kereta 7 tempat duduk dengan model “Studebaker”, jenama mewah dari USA.
Katil tembaga satu dan dua tingkat, kerusi, meja makan, tab mandi, jag minimuman, pintu, jam,lampu, meriam tembaga, meriam tembaga, 2000 keping 16 inc x 8 inch x 1 inch kapor flooring planks, 2000 Batam brick, 13 batang iron piles, 300 kayu bakau, 14 kapor beams, 90 keping 16inch x 8 inch x 1 inch kayu lantai berlian, 1 lot atap lantai dan atap Melaka, dan 1 lot brotee.
Senarai ini menunjukkan Daeng Passendrik merupakan pemaju perumahan yang aktif pada zamannya dengan menempatkan semua bahan mentah pembinaan dan perabot untuk hiasan dalaman di dalam gudang miliknya di persimpangan Thomson dan Balestier Road.
Harta Ladang dan Tapak Bangunan Perniagaan
Tapak bangunan di Thompson Road sebanyak 5 lot setiap satu 11 ekar, 2 ekar, 6 ekar, 17,000 meter persegi dan 2 ekar
Rumah kedai di Java Road dan Beach Road, 1,858 meter per segi dan Hutley House, No 136-1 Thomson Road seluas 2 ekar.
Ladang getah di Thompson Road, 52 ekar.
Tapak tanah rumah kedai di Kallang Road sebanyak 47 lot dengan keluasan antara 1,483 meter persegi hingga 2,295 meter persegi setiap lot
Tapak tanah rumah kedai di Crawfurd Road sebanyak 43 lot dengan keluasan antara 1,260 meter persegi hingga 2,743 meter persegi setiap lot
Harta Rumah dan Kedai Sewa
Deretan rumah sewa – 4 unit Cross Street, 4 unit Banda Street, 12 unit Sago Street, 8 unit Sago Lane, 1 unit South Bridge Road, 5 unit Hylam Street, 3 unit Bugis Street, 1 unit North Bridge Road, 11 unit Arab Street, 6 unit Beach Road, 10 unit Clyde Terra dan 6 unit Cheng Cheok Street.
Deretan rumah kedai –1 unit Boat Quay, 1 unit Smith Street, 2 unit South Bridge, 2 unit New Bridge, 5 unit Uppper Hokkien Street, 2 unit Merchants Road, 2 unit New Market Road, 3 unit Wayang Street, 2 unit Muar Road, 2 unit Beach Road, 4 unit Java Road, 6 unit Rochore Road, 9 unit Crawfurd Street, 23 unit Kallang Road, 2 unit Rochore Canal Road dan 3 unit Minto Road.
Jumlah pasaran bagi 71 lot harta rumah kediaman Daeng Passendrik pada ketika itu dinilaikan berjumlah $1,046,450.00, dengan keluasan 67,465 meter per segi
Daripada kesemua harta tersebut, Daeng Passendrik memperolehi sewa bulanan sejumlah $7,880.00 sebulan daripada 53 buah rumah kediaman yang disewakannya. Manakala jumlah kutipan sewa yang diperolehi daripada rumah kedai adalah sebanyak $4,514 sebulan. Jika jumlah ini di tambah dengan sewa rumah kediaman miliknya seperti di atas, pendapatan bulanan Daeng Passendrik dari hasil hartanahnya sahaja berjumlah $12,394.00, satu jumlah yang sangat besar pada ketika itu. Tidak hairanlah beliau merupakan hartawan Bugis yang utama di Singapura pada akhir awal kurun ke 21. (**)
Editor : HS. Agus












